SETIU, 5 Julai – Prihatin dengan kebajikan anak kariah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan sebuah tong oksigen bagi membantu urusan rawatan seorang kanak-kanak dari DUN berkenaan.
Sumbangan tersebut diserahkan khas buat adik Nik Mohd Nasrulhaq yang kini sedang bertarung dengan masalah kesihatan dan menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Dato’ Dr. Azman mendoakan agar urusan rawatan kanak-kanak tersebut dipermudahkan dan diberikan kesembuhan dengan segera.
"Tong oksigen untuk anakanda Nik Mohd Nasrulhaq, anak Jabi yang sedang menerima rawatan di HUSM. Semoga Nasrulhaq segera sembuh," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Inisiatif berkenaan diharapkan sedikit sebanyak diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga, selain memastikan kebajikan dan kelangsungan rawatan pesakit yang memerlukan sokongan pernafasan itu berjalan lancar.
Tag :