• 12 Mei 2024 | 4 Zulkaedah 1445

ADUN Kemasik Laksana Korban Di Tiga Lokasi


Oleh: Ahmad Syahid Adnan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili  menyempurnakan ibadah korban di tiga lokasi yang berbeza.

"Alhamdulillah, di hari yang penuh dengan barakah ini, saya diamanahkan untuk menjadi penyembelih haiwan korban di tiga lokasi berbeza, satu di Masjid Lama Kampung Baru, satu di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Kerteh dan di Kampung Baru Kemasik", ujarnya.

Beliau berkata demikian setelah selesai melaksanakan tugasnya pada 10.30 pagi tadi di salah satu lokasi penyembelihan, iaitu di Gelanggang Futsal Kampung Baru Kemasik.
I

"Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang melibatkan diri dalam menghidupkan ibadah dalam memperingati pengorbanan kekasih Allah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s", tambahnya.

Turut hadir, semua MPKK Kampung Baru Kemasik, serta Kampung Baru Kerteh.

Tag: