• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

ADUN Kemasik Sampaikan Bantuan Secara 'Drive Thru'

KEMAMAN, 31 Januari – Berikutan kekangan pandemik Covid-19, Pusat Khidmat Masyarakat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik melaksanakan kaedah 'drive thru' bagi menyampaikan bantuan kepada sekitar 200 golongan terjejas di DUN tersebut.

Para penerima terdiri daripada pengusaha teksi, tukang gunting rambut, pemandu van dan bas sekolah serta guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Pemandu teksi melalui ruangan drive thru untuk menerima bantuan keperluan.

Sumbangan dari PKM itu berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diserahkan sendiri oleh ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.

 

"Bertempat di pekarangan PKM Kemasik, bantuan ini diagihkan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan untuk hadir.

“Majlis seperti hari-hari biasa tidak boleh dilakukan, jadi kami mengambil inisiatif ini supaya tidak bercanggah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," katanya.

 


Tag: