• 23 Okt 2024 | 20 Rabiul Akhir 1446

ADUN Langkap Rai 55 Pelajar Cemerlang SPM 2023

SETIU, 20 Jun - Seramai 55 orang pelajar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diraikan dalam satu majlis hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, sumbangan sebanyak RM200 diberikan setiap orang pelajar yang telah memperolehi keputusan 6A dan ke atas.

"Sumbangan ini mungkin tidak besar tapi ini adalah sebagai tanda ingatan atas usaha mereka dalam meraih kejayaan ini.

"Tahun ini seramai 18 orang telah mendapat 6A, 10 orang 7A dan seramai 17 orang menerima keputusan 8A," tambahnya dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap pagi tadi.

Selain itu, seramai lapan orang berjaya memperolehi 9A dan keputusan paling tinggi adalah 2 orang yang meraih 10A.

Untuk rekod, pelajar yang memperolehi 10A adalah Ahmad Faiz Alias pelajar SMKA Wataniah berasal dari Kampung Rahmat manakala seorang lagi ialah Siti Nazifah Mohd Azmi pelajar SMK Melor berasal dari Sungai Tong.

 


Tag: