• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

KUALA NERUS, 11 November - Kerajaan komited untuk meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil dan membantu mereka keluar daripada kemiskinan dengan mengagihkan peralatan berniaga secara percuma.

Pegawai Penyelaras Dewa Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, golongan terbabit telah dipilih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menerima peralatan perniagaan bernilai RM10,000. 

“Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.

“Selain itu, kita mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah program Rezeki Tani dan latihan teknikal," katanya ditemui pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah salah seorang penerima bantuan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, penerima dipilih melalui sistem e-Kasih terutama melibatkan golongan miskin serta isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,614 atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM650.

Shafizi berkata keutamaan akan diberikan kepada calon berminat, berpengalaman dan berkemahiran yang sedang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan pemprosesan produk berasaskan pertanian serta perniagaan tani.

“Mereka juga dipilih setelah saya sendiri turun padang dan meninjau keadaan penerima bantuan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima, Zaharah Zainon, 46, yang menerima bantuan tersebut berkata, sumbangan seperti kuali, periuk kukusan, ‘multi functional disintegrator’dan beberapa peralatan lagi itu membantunya mengembangkan lagi perniagaan.

“Saya mengusahakan perniagaan menjual ketupat frozen, pau goring sambal ikan (woh bom orang ganu panggil), kuih keppa dan kuih woh gomok secara serius sejak 5 tahun lalu bermula tahun 2015.

"Setiap bulan kami memperolehi hasil jualan sekitar RM3,000 sehingga RM3,500 setiap hari dapat RM 100 sehingga 150 daripada hasil jualan secara atas talian, pasar pagi dan tempahan daripda rakan-rakan dan keluarga terdekat. Kadang-kala kami terpaksa menolak tempahan pelanggan kerana tidak sempat untuk menghasilkan kuih woh gomok, pau goreng dan kuih keppa kerana kekurangan peralatan.

"Dengan bantuan sebegini, kami benar-benar bersyukur. Kalau sekarang kami dapat hasilkan 300 biji woh gomok dan kuih keppa, selepas ini mungkin dapat mencecah 1000 biji lebih dengan bantuan yang telah diberikan," katanya.


Tag: