Berita :
Kedai Kek Dalam Kampung Tawar Harga Bajet
Kedai Kek Dalam Kampung Tawar Harga Bajet
Noraini Jusoh
4 jam yang lepas
59

Oleh : Fatimah Din

MARANG ,16 Jun – Dalam suasana industri bakeri yang semakin kompetitif, sebuah kedai kek di dalam kampung tampil menawarkan pelbagai pilihan kek pada harga bajet.

Pemilik Kedai Kek Halwaa, Siti Norhidayah Mohd Syukri, 35, berkata, iinsiatif tersebut bagi memastikan masyarakat setempat dapat menikmati produk berkualiti tanpa membebankan kewangan.

"Inisiatif menyediakan kek pada harga bajet bukan sahaja membantu meringankan beban pengguna, malah membuka peluang kepada lebih ramai penduduk kampung untuk menikmati kek bagi pelbagai majlis dan sambutan keluarga,"ujar graduan Ijazah Kulinari itu kepada pemberita ketika ditemui di premis perniagaan di Kampung Belubor, Rusila. 

Siti Norhidayah berkata, minatnya dalam bidang bakeri mula diterjemahkan kepada perniagaan sejak tahun 2018 sebelum berkembang dengan lebih aktif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, perniagaan secara kecil-kecilan yang bermula dari rumah pada tahun 2018, dengan bantuan kenalan dan penduduk sekitar turut membantu mempromosikan produk keluarannya.

"Apabila rezeki semakin bertambah, saya dapat membuka kedai sendiri dalam kampung,

"Sebenarnya saya bercita-cita untuk membuka kafe, tetapi masih memerlukan masa dan perancangan yang lebih rapi, jadi saya mulakan dengan kedai ini dahulu," katanya. 

Dalam pada itu, Norhidayah menzahirkan kesyukuran kerana menerima geran perniagaan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan dan dua barangan iaitu oven dan meja pastri untuk kegunaan operasi harian.

"Kedai Kek Halwaa beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula jam 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang menawarkan produk termasuk kek bajet RM1, kek Bento RM12, brownies, kek batik, soft cookies, cream puff, cheese tart, biskut raya, kek coklat, cupcake, waffle, aiskrim goreng, makanan sejuk beku (frozen food), bouquet, ais ABC, Thai tea dan minuman soda", jelasnya. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan boleh menghubungi 013-771 9644.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan