lightning-solid
Berita :
Agihan Limau Mandarin Semarak Persediaan Sambutan Tahun Baharu Cina
Agihan Limau Mandarin Semarak Persediaan Sambutan Tahun Baharu Cina
Mohd Haniff Abas
13 Feb 26
51

KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Hampir 200 kotak limau mandarin telah diagihkan kepada penduduk Taman Sri Manir dalam DUN Buluh Gading sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan bagi meraikan masyarakat kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, program tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

IMG_3876.JPG 5.36 MB
Menurut beliau, proses agihan telah dibahagikan kepada empat kumpulan bagi memudahkan pengedaran ke seluruh kawasan taman dan memastikan semua penduduk menerima sumbangan tersebut.

“Agihan ini dilaksanakan lebih awal memandangkan kebanyakan penduduk akan pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum hari perayaan,” katanya.

WhatsApp Image 2026-02-11 at 6.04.52 PM.jpeg 673.94 KB
Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak, atas sumbangan serta sokongan beliau dalam menjayakan program agihan limau mandarin itu. 

Turut hadir memeriahkan program berkenaan ialah Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Rosdi Jusoh, Bendahari DHPP Negeri Terengganu, Lai Liang Qing, serta Pegawai Perhubungan Parlimen DUN Buluh Gading, Sanusi Taib.


Tag :

Artikel Berkaitan