• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Ahli Parlimen Kemaman Sumbang Van Jenazah

KEMAMAN, 30 November - Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid menyumbangkan dua buah van jenazah kepada Surau Padang Lalang, Neram Air Putih dan Surau Al-Huda Kemasik di sini.

Katanya, kenderaan bernilai RM150,000 adalah untuk kemudahan ahli kariah masjid dan surau di dua tempat utama berkenaan.

"Mengambil kira kemudahan yang ada apabila mempunyai van jenazah sendiri mempercepatkan urusan pengebumian," katanya kepada pemberita.

Majlis penyerahan van itu telah di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman di Chukai.

Gimik penyerahan dijayakan wakil syarikat Weststar Global Komited Sdn. Bhd. kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT), Dato' Indera Nik Nasaruddin seterusnya kepada Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Hadir sama Pengerusi Surau Padang Lalang Neram, Nik Awang dan Pengerusi Surau Al-Huda Kemasik, Ismawi Ahmad menerima replika kunci berhadapan Van Jenazah daripada Ahli Parlimen Kemaman.

Jelas Nik Awang, beliau menghargai keprihatinan Che Alias dalam memudahkan pengurusan jenazah ahli kariah.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman atas sumbangan van tersebut, sememangnya pihak surau amat memerlukan" ujar Nik Awang ketika ditemui selepas majlis penyerahan.

Turut bersama dalam majlis penyerahan Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dan Wakil-wakil DUN.


Tag: