• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Ahli Parlimen Setiu Selar Pengisian 'Kakak Kondom'

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Video 'Kakak Kondom' berkaitan seks selamat yang menjadi tular baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Menurut beliau, video tersebut bukanlah untuk memberikan penerangan berkenaan pendidikan seks selamat semata-mata tetapi beragenda untuk mempromosi seks bebas dalam kalangan anak muda. 

"Naratif yang dibawa bagi memastikan individu bebas melakukan seks selamat tanpa perlu ikatan perkahwinan dilihat semata-mata menjerumus ke arah penzinaan. 

"Walhal penzinaan amat dilarang sekali di sisi Islam sama ada zina selamat ataupun tidak sebagaimana yang telah difirmankan Allah," tegas beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Tegasnya lagi, ajaran yang dibawa oleh 'Kakak Kondom' ini juga dilihat tersasar jauh dari adat dan budaya kita dan ia adalah jarum halus bagi mempromosi budaya barat ke dalam masyarakat Malaysia yang 55 peratus daripadanya adalah Melayu Islam.

"Perkara ini dilihat turut menyimpang daripada norma budaya hidup masyarakat Malaysia yang bukan sahaja menolak seks bebas selamat tanpa ikatan yang sah malah meneuralisasi budaya barat ke negara kita sama sekali tidak diterima," jelasnya lagi.

'Kakak Kondom' adalah salah satu inisiatif oleh Yayasan Aid’s Malaysia dan One Condoms MY yang bertujuan untuk mendidik masyarakat berkenaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial melalui seks bebas yang selamat. 


Tag: