• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Aid4Lebanon Hulur Lebih RM800,000 Bantu Lubnan

MARANG, 12 September - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah lebih RM800 ribu kepada rakyat Lubnan yang terkesan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, Ogos lalu.

Setiausaha NGO Aid4labenon yang juga pengerusi Warga Cakna, Suhazeli Abdullah, sumbangan itu akan diselaras dan disampaikan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada warga Lubnan.

"Alhamdulillah, kita telah bergabung dengan 41 buah NGO yang sama-sama mencari dana atas kapasiti masing-masing. Kita telah menyampaikan bantuan pada fasa yang pertama iaitu pada 10 ogos yang lalu sebanyak RM200,000.

"Insya-Allah bakinya RM600,000 akan disampaikan dalam masa yang terdekat ini melalui kaedah-kaedah yang telah kita ketahui.

"Sumbangan ini kita akan segerakan dalam masa yang terdekat yang akan sampaikan kepada pihak mangsa di sana melalui penyelarasan yang akan dibuat oleh duta khas timur tengah," ujarnya.

Suhazeli.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan 'Mock Cheque' kepada Abdul Hadi di Rusila semalam.

Suhazeli yang juga Pakar Perubatan Keluarga berkata, dana itu telah digerakkan sejak daripada 7 Ogos yang lalu.

"Saya berharap pada semua orang di luar sana, mana-mana individu atau NGO yang turut ingin menyumbang bolehlah berhubung dengan sekretariat aid4labenon ini," katanya.

"Sebarang maklumat boleh lihat di laman website dan juga facebook aid4labenon dan juga di facebook NGO masing-masing contohnya NGO warga cakna di  www.wargacakna.org, di situ ada maklumat untuk dibaca dan disebarkan oleh penderma semua," tambahnya.
 

 


Tag: