• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Aidiladha di Dun Rhu Rendang Dijangka Meriah, Terima 30 Lembu

MARANG, 9 Julai – Rakyat di Dewan Undangan Negeri dijangka bakal menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih meriah selepas menerima 30 ekor lembu untuk dikorbankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rhu Rendang, Mohd Fairul Harun berkata, kesemua lembu itu diagihkan Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk anak syarikat kerajaan negeri.
 
“Konsep pengagihan lembu korban sebelum ini seperti waktu musim pandemik Covid-19 iaitu pihak DUN agihkan seekor lembu kepada setiap kampung dan pengurusan kampung tersebut akan agihkan kepada peserta-peserta terpilih,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan lembu korban DUN Rhu Rendang di Perkarangan Surau Pengkalan, Kampung Setar Kanan, Marang di sini hari ini.

Mengulas mengenai aktiviti korban perdana esok, Fairul berkata keutamaan akan diberikan kepada asnaf dan selebihnya wakil daripada 26 kampung untuk diagihkan kepada peserta di kampung masing-masing.
 
“Program ini sentiasa mendapat sambutan yang baik setiap tahun serta dalam masa yang sama kita dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim sesama masyarakat kampung di DUN Rhu Rendang ini,” jelasnya.

 


Tag: