• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Air Makin Naik, Penduduk Lari Ke Bukit

HULU TERENGGANU, 27 Februari - Keadaan banjir di daerah ini semakin kritikal apabila penduduk Kampung Menerong yang terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) turut ditenggelami sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke lebih tinggi di bukit berhampiran  sementara menunggu bantuan tiba. 

Penduduk di kawasan terjejas hanya sempat keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dengan menuju ke kawasan 

Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas dan terperangkap kerana paras air dengan arus deras kini naik sehingga menghampiri bumbung rumah.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila beberapa kampung dinaiki air dan terputus hubungan.

Air naik secara mendadak pada awal pagi menyebabkan penduduk menjadi kelam kabut untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, usaha menyelamat kini berdepan cabaran berikutan situasi berbahaya kerana banjir arus deras melanda kawasan tersebut.

Dilaporkan juga bekalan elektrik di kawasan terjejas terputus sejak pagi tadi.