lightning-solid
Berita :
Air Mata Lega di Jabi - 134 Asnaf Terima Bantuan RM20,000
Air Mata Lega di Jabi - 134 Asnaf Terima Bantuan RM20,000
Ahmad Zaeem Zainudin
17 Nov 25
1830

KUALA TERENGGANU, 17 November - Komitmen anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad terhadap kebajikan masyarakat terus diperkukuh apabila menyalurkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada 134 asnaf melalui Program TDM Bersama Masyarakat Jabi yang berlangsung di Dewan Utama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jabi, hari ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jabi itu memberi tumpuan kepada bantuan yang disesuaikan mengikut keperluan semasa penerima, selaras dengan usaha TDM memperkukuh kesejahteraan sosial dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

TDM_3.JPG 7.84 MB
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap bantuan TDM kepada komuniti luar bandar menerusi pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut.

"Program seperti ini memperlihatkan keupayaan sektor korporat untuk memainkan peranan lebih besar dalam agenda sosial negeri. 

"Ia bukan sahaja mengangkat kebajikan asnaf tetapi mengukuhkan nilai kebersamaan dalam kalangan Masyarakat khasnya Jabi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menekankan keberadaan syarikat korporat di Terengganu harus disertai komitmen sosial yang konsisten, bukan sekadar menyumbang - tetapi membina hubungan yang kukuh dan berterusan.

TDM_5.JPG 7.25 MB
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin, wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta barisan pengurusan TDM.

Dalam pada itu, Najman berkata TDM menekankan bahawa keberkatan dan kejayaan perniagaan harus diraikan bersama masyarakat. 

Menurutnya, CSR ini bukan hanya menyalurkan bantuan kewangan, tetapi juga bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan empati dalam kalangan penduduk setempat.

TDM_6.JPG 3.74 MB
"TDM percaya bahawa keberkatan perniagaan terletak pada sejauh mana kita mampu memberi manfaat kepada masyarakat. 

"Melalui program seperti ini, kami berhasrat bukan sahaja menyampaikan bantuan, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan empati dalam kalangan warga setempat.

"Pendekatan CSR TDM memberi tumpuan kepada kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti jangka panjang," ujar beliau dalam satu siaran media.

Melalui inisiatif ini, TDM menegaskan komitmennya untuk terus memperluaskan program kebajikan di seluruh Terengganu secara lebih strategik, tersusun dan mampan, seiring visinya sebagai rakan pembangunan komuniti yang aktif.


Artikel Berkaitan