• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Akademi DUAT Bantu Rakyat Celik Kitab Jawi

KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Bagi memastikan tulisan jawi terus subur di negeri ini, pihak Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) mengambil inisiatif melaksanakan pengajian kitab-kitab jawi.

Pengarah Akademi DUAT, Ramlan Mahmood berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab untuk memperkenalkan kitab jawi selepas melihat orang ramai kembali sedar akan kepentingan tulisan terbabit.

“Sememangnya Akademi DUAT menyambut hasrat kerajaan untuk memastikan pengajian kitab jawi terus hidup di segenap masyarakat seterusnya menyangkal stigma masyarakat bahawa kitab-kitab jawi ini hanya untuk pengajian di pondok-pondok sahaja.

“Susulan itu, terbaharu kita telah menganjurkan program bedah kitab Kifayatul Muhtaj fi al-Israk wal mikraj, sebuah karya ulama nusantara yang terkenal iaitu Syeikh Daud Abdullah al-Fathani," katanya selepas ditemui media di ruang legar pejabat Akademi DUAT, dekat sini, semalam. 

Ulas Ramlan lagi, antara pengajian yang telah dilaksanakan ialah pembelajaran kitab Kifayatul Muhtaj yang membicarakan peristiwa Israk dan Mikraj.

"Ia disampaikan khas Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek sebanyak lima siri," tambah beliau.

Menurutnya, orang ramai boleh Ikuti rakaman pengajian kitab sebanyak 5 siri di pautan berikut :

1. https://fb.watch/4fY6kjv4JZ/
2. https://fb.watch/4fY3E4CQe5/
3. https://fb.watch/4fX_Qf2ax5/
4. https://fb.watch/4fXXh_MPmt/
5. https://fb.watch/4fXJrtek0j/


Tag: