• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

AKMAL Hasrat Lahirkan 3,000 Hafiz Al-Quran Setahun

KUALA NERUS, 26 Mac – Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) berhasrat untuk melahirkan seramai 3,000 penghafal al-Quran dalam tempoh setahun.

Pengasas AKMAL, Hussin Ismail berkata, visi tersebut merupakan sasaran pihak AKMAL yang bakal dikecapi bermula tahun 2025. 

“Melahirkan 3,000 hafiz Quran merupakan misi besar AKMAL yang melibatkan pelajar dari Malaysia serta antarabangsa seperti Turki dan Filipina.

“Dengan kekangan pandemik COVID-19 sedikit menjejaskan proses pembelajaran mereka (pelajar) namun tiada yang mustahil kerana Al Quran merupakan hidayah,” tambahnya kepada pemberita dalam Majlis Graduasi AKMAL kali ketiga. 

Majlis graduasi tersebut dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam. 

Sehingga hari ini, AKMAL mempunyai enam cawangan di seluruh Malaysia dan menawarkan kaedah menghafal Quran dalam masa kurang setahun. 

AKMAL turut menawarkan konsep pengajian tahfiz secara dalam talian dengan membuka penyertaan kepada semua peringkat umur.


Tag: