• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Akta Rukun Negara Untuk Lindung Keharmonian

KUALA LUMPUR, 10 September – Satu Akta baharu perlu diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan kejadian seperti 13 Mei berulang kembali.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang berkata, ia berikutan isu sensitif seperti tulisan jawi dan hak istimewa orang melayu sering dimainkan oleh sesetengah pihak.

"Saya ingin menzahirkan kebimbangan terhadap isu-isu yang dimainkan oleh sesetengah pihak dilihat cuba menyentuh sensitiviti perkauman,

"Oleh itu, saya mencadangkan agar Akta Rukun Negara diwujudkan sebagai langkah untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan negara," ujar beliau dalam satu kenyataan rasmi yang semalam.

Mengulas lanjut, Husain menjelaskan, sekiranya perkara itu berjaya dilaksanakan, keharmonian dan perpaduan antara kaum dapat dipelihara dengan baik.

"Hal ini juga bagi terus menjamin prinsip Rukun Negara untuk terus menjadi teras keharmonian dan perpaduan dalam negara sekali gus segala cabang perpecahan dapat dihapuskan," tambahnya lagi.

Dalam perbahasan Titah Diraja yang lalu, Husain telah membangkitkan isu ini untuk tindakan kerajaan dan dalam masa yang sama beliau turut menyokong pelaksanaan pelan tindakan perpaduan negara.


Tag: