• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Aktiviti Agama, Kemasyarakatan Dibenar Berjalan Semula

KUALA TERENGGANU, 24 November - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan berjalan di masjid dan surau di negeri ini berkuatkusa serta merta.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, kebenaran itu adalah selaras dengan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu pada 21 November lalu.

"Semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau dibenarkan serta merta.

"Berkaitan had umur minima yang dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau diturunkan kepada 12 daripada 15 tahun sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Osman Muda.

Menurutnya lagi, jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki memastikan ahli Jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa.
 
"Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengharapkan agar semua pihak termasuk rakyat jelata mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa," tambah beliau.


Tag: