• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Alat Sambung Paip Dari Itali, Australia Tiba Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU, 2 September - Alat penyambungan paip dari Itali dan Australia yang akan digunakan dalam pembaikan insiden air berangan dijangka tiba di Terengganu pada 4 September ini.

SATU dalam kenyataan hari ini berkata, Coupler PN16 merupakan medium utama penyambungan dan komponen berkenaan tidak boleh didapati di pasaran terbuka kerana ia produk khas industri air dari negara pengeluar.

“Proses pembelian daripada pembekal dari negara Itali dan Australia telah selesai dan penghantaran barang sedang melalui 'Air-Freight Kargo'.

“Penghantaran mengambil masa selama 10 hari dan dijangka tiba pada 4 September 2021 di Terengganu,” jelas SATU.

Kemajuan kerja di kilang fabrikasi. 

Dalam perkembangan sama, SATU memaklumkan kemajuan kerja di kilang fabrikasi bagi pemasangan dan penyambungan paip turut berjalan di kilang di Selangor.

“Kaedah kali ini tertumpu kepada kerja-kerja pemasangan di kilang yang bertempat di Selangor sebelum dihantar ke tapak pembaikian bagi fasa seterusnya.

“Beberapa fasa kerja yang lain juga dilaksanakan secara serentak sementara menunggu beberapa peralatan penyambungan penting seperti Coupler PN16 dan lain-lain untuk sampai ke Malaysia,” tambah SATU.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata, proses pembaikan di dasar sungai sedang giat dilaksanakan pihak SATU dan dijangka penggantian paip yang menelas kos RM2.5 juta akan dapat dilaksanakan dan dijangka siap pada 12 September. 

"Kerajaan akan menggunakan alat penyambung paip yang lebih tahan dan berkualiti ditempah dari Itali serta Australia," ujar beliau selepas meninjau operasi pembaikan paip pecah di Jeti Feri Kg Losong dan lawatan ke Loji Bukit Berapit, di sini hari ini.


Tag: