• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Alumni Yayasan Terengganu Disaran Sumbang Kepakaran Pendidikan

KEMAMAN, 23 Mei - Alumni Yayasan Terengganu disaran agar menyumbang kepakaran membangunkan pendidikan negeri Terengganu melalui kongress Pendidikan Rakyat Terengganu (KoPeRat) yang dilaksanakan di Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata ruang perbincangan, pandangan serta penambahbaikan dibuka seluas-luasnya kepada golongan terbabit bagi merancang halatuju pendidikan khususnya buat rakyat dan anak-anak Terengganu.

“Kita sendiri telah melancarkan halatuju dan konsep pendidikan iaitu Pendidikan Terengganu Sejahtera 2030 ianya selari serta seiring dengan hasrat dan tema Terengganu Maju Berkat Sejahtera supaya pelajar-pelajar anak terengganu kita dapat mengekalkan kecemerlangan mengugguli peperiksaan di peringkat SPM, STPM, dan STAM.

“Skim Pelajar Cemerlang (SPC) antara manifesto bermula tahun 2018 atau biasiswa bagi mereka yang cemerlang dalam peringkat SPM dan telah ditunaikan setiap tahun.

"Di samping Kerajaan negeri juga membuka dan menaja meraka yang cemerlang di peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan PHD," ujarnya kepada pemberita.

800

Beliau juga berkata, halatuju yang lebih baik dan selari dengan teras Islam perlu dirangka bagi menghadapi generasi masa akan datang. 

"Kita sedia maklum pendidikan merupakan sesuatu yang sentiasa berhubung suasana tidak mengira masa dan zaman," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Yayasan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham berkata Kongres Pendidikan Rakyat (KoPeRaT) tepat pada masanya dan wajar menjadi pentas untuk Alumni mengumpul maklumat, memahami keperluan dan jangkaan semua pemegang taruh dalam sektor pendidikan terutamanya rakyat teramai.

"Semua maklumat yang diperolehi perlu diolah dan digarap sebaiknya bagi memastikan keterangkuman pandangan semua pihak dan disalurkan kepada pembuat dasar serta pihak-pihak bertanggungjawab untuk memantapkan sistem sedia ada sama ada laluan arus perdana atau selainnya.

"Setiap resolusi atau cadangan yang dikemukakan perlulah disusun dengan teliti dengan mengambil kira semua faktor dan kesan pada masa hadapan.

"Pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang perlu disediakan agar usul penambahbaikan tersebut dapat dilaksanakan dan tidak hanya tinggal sebagai satu impian," kata beliau.


Tag: