• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Amaran Cuaca Buruk Berterusan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di hampir kesemua kawasan di Terengganu.

Kenyataan itu memaklumkan, hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok di daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

Manakala di Kelantan, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh juga mengalami cuaca sama. 

Kenyataan terbabit turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi Kemaman, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Amaran cuaca peringkat waspada itu turut membabitkan beberapa daerah di Pahang iaitu, Maran, Bera, Kuantan, Pekan dan Rompin.

 


Tag: