• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu Dan Kelantan

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Terengganu dan Kelantan, esok.

Amaran itu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Manakala di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Sementara itu, amaran cuaca waspada (tahap kuning)turut dikeluarkan membabitkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

"Tiupan angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

"Hari ini, Setiu Terengganu dan Pasir Putih di Kelantan  dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam," menurut kenyataan tersebut.