• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu Dan Kelantan Sehingga Esok

KUALA TERENGGANU, 16 Disember -Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Terengganu dan Kelantan bermula hari ini sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan Laut China Selatan dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang lewat hari ini.

“Kedua-dua negeri itu dijangka akan dilanda hujan lebat yang berterusan sehingga esok serta risiko kenaikan paras laut dan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,”ujarnya.

Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuat kuasa dari 16 Disember 2021 hingga 17 Disember 2021 dikeluarkan untuk di Perlis, Kedah,  Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan)

Menurut kenyataan tersebut,  sistem ini dijangka merentasi kawasan utara Semenanjung menuju ke perairan Selat Melaka Utara pada 18 Disember 2021.