• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Amaran Cuaca Buruk Hampir Di Seluruh Negeri

KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, status amaran cuaca bahaya di keluarkan di kebanyakan kawasan di negeri Terengganu, Johor dan Pahang.
“ Sementara itu, amaran cuaca buruk pula dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

“Manakala amaran peringkat waspada melibatkan kawasan di Perak dan Kedah,”katanya.

Dalam pada itu, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Sabah melibatkan Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan Kapit, Sibu, Sarikei dan persisiran Mukah.

Bagaimanapun, menjelang petang nanti, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi untuk berlaku di seluruh Semenanjung kecuali Perlis.

Katanya, ketika ini rantau negara masih menerima luruan angin Timur Laut dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 60 km (kilometer) sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter.

Oleh itu, MetMalaysia juga mengekalkan amaran peringkat bahaya bagi keadaan laut bergeloran dan angin kencang di kawasan Condore, Reef North dan Palawan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca,” ujarnya.