• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Amaran Hujan Berterusan 'Bahaya' Melanda Terengganu

KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya melibatkan negeri Terengganu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu.

Katanya, kawasan tersebut adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Dalam pada itu, amaran hujan lebat berterusan turut melanda Dungun dan Kemaman,” menurutnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Jabatan Meteorologi pada hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia

 

Tag: