• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Amaran Hujan Berterusan Ditamatkan Di Lapan Negeri

KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan di lapan negeri termasuk Terengganu.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan  berkata, negeri yang berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, dan Pahang.

"Keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangkakan bertambah baik.

"Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11.30 pagi, 19 Disember lalu untuk negeri berkenaan dengan ini ditamatkan," katanya menerusi kenyataan media malam ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.