Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Terengganu

KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di negeri Terengganu hingga jam 5 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa amaran keadaan cuaca tersebut membabitkan tujuh daerah di negeri ini.

"Daerah yang terkesan adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas METMalaysia.

 

 


Tag: