• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Amaran Hujan Tahap Bahaya, Empat Daerah Dijangka Banjir

KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pagi tadi telah mengeluarkan Amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan Tahap Bahaya (merah) melibatkan seluruh kawasan di Terengganu dengan empat daerah dijangka banjir.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata sistem cuaca tekanan rendah kini berada di kedudukan 5.13°U 107.05°T di Laut China Selatan dan dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu petang ini sebelum bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung.

Susulan itu, Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengeluarkan ramalan banjir akan berlaku di di beberapa daerah.

"Antaranya seperti di Kemaman melibatkan Kampung Bukit Mentok, Kampung Sungai Pinang dan kawasan rendah sekitarnya.

"Di daerah Besut pula banjir dijangka melanda Kampung Keruak, Kampung Belach, Kampung Seberang La, Kampung Pengkalan Hangka, Kampung Gong Guchil, Kampung La, Kampung Lampu dan kawasan rendah di sekitarnya.

"Daerah Setiu diramalkan banjir di Kampung Langkap, Kampung Pelong, Kampung Pengkalan Merbau, Kampung Merbau Menyusup, Kampung Bukit Nyior, Kampung Hulu Seladang, Kampung Besut, Kampung Padang, Kampung Lendut Tok Mab, Kampung Che Long, Telok Rekam, Kampung Buluh Hulu, Kampung Chalok Kedai, Kampung Gong Terap, Kampung Lubok Panjang dan kawasan sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, Hulu Terengganu turut dijangka banjir di kawasan Kampung Kuala Ping, Kampung Matang, Kampung Nibong, Kampung Paloh Nytor, Kampung Bukit Tadok, Kampung Kolam, Kampung Tok Rebuk Ajil, Kampung Tok Randok, Kampung Lebuk Periuk, Kampung Kemat, Kampung Pengkalan Ajal, PPSK Gunung Meerong, Kampung Kepah, Kampung Tok Lawit dan kawasan rendah sekitarnya.

Justeru itu, semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada. Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web ublicinfobanjir.water.gov.my. Facebook: PublicinfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir.

Sehingga kini, hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan beberapa kampung di sekitar daerah kemaman mula dinaiki air seperti Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Padang Kubu, Kampung Tebak dan Kampung Batu 16 dan Seberang Jabor.