lightning-solid
Berita :
Amaran Ribut Petir Menyeluruh Hari Ini
Amaran Ribut Petir Menyeluruh Hari Ini
Trdi News
05 Dec 18
1091


KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Terengganu, Johor, Pahang dan Kelantan sehingga 07:00 malam hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, menurutnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Tioman dan Selat Melaka Selatan sehingga 07:00 malam hari ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia


Tag :

Artikel Berkaitan