• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Amzad Puji Hukuman Sebat Dijalan Secara Aman



Oleh: Syed Kamal Rizuan

KUALA TERENGGANU- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim memuji tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang menjalankan hukuman sebat sebanyak enam kali kepada pasangan lesbian secara aman, semalam.

Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua wanita itu dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Amzad yang turut menjadi salah seorang daripada 100 saksi ketika hukuman dijalankan di Dewan 2 mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada pihak mahkamah kerana dapat menjalankan hukuman dalam suasana yang baik tanpa sebarang kekecohan.

“Semoga Allah S.W.T mengurniakan pahala berlipat ganda kepada semua yang berusaha didalam meningkatkan perlaksanaan syariah Islam di dalam negara kita.

“Dan semoga rakyat terus memberi sokongan dalam usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah sehingga mampu mencapai sebagaimana yang dihasratkan didalam memartabatkan hukumNya,” ujar beliau.



Tag: