• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Anak Muda Komited Usahakan Tanaman Tembikai




Oleh: Aslam Wira

MARANG, 25 FEBRUARI – Lapan pemuda dari Rusila, di sini komited mahu mengusahakan tanaman tembikai yang mampu memperoleh pendapatan sehinggan ribuan ringgit bagi setiap musim.

Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Marang, Nik Mohd Haizul Nik Supian berkata,  buat permulaan kawasan seluas dua hektar di Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan menjadi lokasi bagi anak-anak itu.

Katanya, mereka bakal menjadi contoh kepada anak muda lain di mana bersungguh-sungguh mahu menjadi bidang pertanian sebagai peluang kerjaya.

“Hasil tanaman nanti akan dipasarkan di serata tempat, selain bakal dibantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperluaskan pasaran sehingga ke serata daerah.

“Pihak kami juga akan terus memberikan khidmat nasihat dan sokongan lebih-lebih lagi dengan bantuan seorang ‘Rakan Strategik’ Jabatan Pertanian yang telah berjaya dalam bidang pertanian Tembikai,”katanya..

Beliau berkata ketika melawat ke tapak pertanian Tembikai itu di Kampung Rusila, semalam.

Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin menjelaskan bahawa, kehadiran ‘Rakan Strategik’ yang dibawa oleh Pejabat Pertanian Marang akan membantu peserta pertanian menguruskan keseluruhan tanaman tersebut dengan lebih baik kerana pengalaman daripada pengusaha berjaya juga sangat penting.

“Yang paling penting juga adalah, semangat dan usaha daripada peserta itu sendiri untuk menguruskan pekerjaan ini sehingga berjaya di samping menawarkan peluang serta ruang pekerjaan kepada mereka.

“Para peserta telah mula menyemai tanaman ini bermula hampir sebulan sebaik sahaja tapak ini selesai dibersihkan,”tambahnya lagi.




Tag: