• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Anak Perlu Berbakti Kepada Ibu Bapa

DUNGUN, 4 November- Setiap anak perlu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi mana perkara yang diperintahkan tidak bercanggah dengan syarak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, jasa kedua orang tua tidak mampu dibalas dengan wang ringgit atau emas permata.

"Ibu bapa telah mencurahkan jasa bakti yang amat besar kepada anak-anak, justeru dimasa mereka tualah ditambah dengan keuzuran, menuntut setiap anak-anak menjaga mereka dengan penuh kesabaran," ujarnya.

Alias berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi seorang warga emas dan sekaligus menyampaikan sumbangan  daripada Tabung Darul Iman semalam. 

Menurutnya, memang tidak dinafikan anak-anak terpaksa menghadapi pelbagai karenah tetapi menerima seadanya itulah yang terbaik.

"Sebagai anak kita ambil tanggungjawab menjaga mereka bergilir - gilir, jangan amalkan sikap lepas tangan, ingat.. kita akan disoal nanti di akhirat dan di duniapun kadang-kadang Allah dah balas balik, anak-anak kita buat balik ke kita," katanya. 


Tag: