• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Anggota Koperasi Kena `Sekepala'

Nurkhuzaini melihat satu projek penternakan ketika sesi dialog Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.


Oleh: Afiq M. Zaid

BESUT, 7 Januari - Penubuhan Koperasi yang baik memerlukan penyatuan semua ahli atau `sekepala' dengan minimum jawatankuasa penaja seramai 50 orang tanpa mengira latar perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan ratusan juta untuk kelangsungan koperasi di seluruh negeri.

"Ambo (saya) tengok kalau kita nak buat koperasi, kena ada kesatuan yang betul, sekepala, penubuhan koperasi hendak minimum (jawatankuasa penaja) 50 orang ahli,  termasuklah sesiapa pun tak semestinya penternak, masuk suami isteri pun boleh. Syaratnya sekepala lah, jangan dalam tu jadi lain pula. Ada puak gerabak koperasi A, ada gerabak Koperasi B, yang itulah punca mati di tengah jalan.

 "Itulah bila kita pilih pimpinan tu kita perlu beri wala' (kecintaan) kepada apa yang dia buat, insyaAllah mari kat ambo, ambo boleh bantu sesuaikan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi kemudahan-kemudahan. Dimaklumkan dana RM150 juta (untuk koperasi), berbentuk pinjaman bukan geran. Contoh koperasi baru siap semua ini terus dapat RM5,000 untuk pengurusan. Ada benda-benda begitu yang sangat mudah, peluang ada kita fikir-fikirlah kalau nak ambik jalan koperasi,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog bersama Persatuan Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, syarat penubuhan sesebuah koperasi yang paling utama adalah memerlukan tanah.

"Saya melihat, syarat koperasi ni mesti kena ada tanah, tanah LMS (lesen menduduki sementara) pun dah boleh permohonan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), saya akan tulis-tulis sikit sebagai (pengesahan), SKM akan panggil saya untuk proses pengesahan dan kelulusan," katanya.












Tag: