• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Apresiasi Media Terengganu 2021 Tawar Hadiah RM114,000

KUALA TERENGGANU, 25 November- Anugerah Apresiasi Media Terengganu 2021 julung kali diadakan sebagai penghargaan kepada penggiat media arus perdana di Terengganu atas sumbangan dan jasa dalam memperkenalkan negeri tersebut kepada umum selama ini.

Kerajaan negeri melalui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebagai jentera penggerak media rasmi kerajaan menampilkan dua kategori anugerah yang bakal disandang para penggiat media arus perdana iaitu anugerah bagi Media Perdana dan Media Digital.

Pengarah UPDI, Mohd Soud Said, berkata, Majlis Apresiasi Media Terengganu menawarkan hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM114,000 dalam majlis yang akan diadakan secara langsung melalui platform dalam talian, Sabtu ini.

"Setakat ini, sebanyak 165 penyertaan telah kita terima daripada para penggiat media di Terengganu untuk diadili bagi mengiktiraf karya-karya dan penyampaian yang mempromosikan negeri Terengganu dari segenap aspek kemajuan dan pembangunan.

"Majlis ini sebenarnya merupakan penzahiran penghargaan kepada media dalam memperkenalkan negeri ini selain membina hubungan lebih erat antara kerajaan negeri dan media," katanya.

 


Tag: