• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Arnab Pedaging Kian Dapat Tempat

KEMAMAN, 28 September - Penternakan arnab pedaging kian mendapat tempat bagi bakal penternak yang mendapat pendedahan dalam Kursus Asas Penternakan Arnab Siri-2 Peringkat Daerah Kemaman di Dewan PASTI Adam, Kampung Mak Chili, baru-baru ini.

Sekitar 70 orang peserta yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang penternakan arnab pedaging telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Program ini turut menarik minat peserta dari negeri Perak dan Kelantan yang hadir bagi mendapatkan sedikit sebanyak ilmu asas berkaitan penternakan arnab pedaging ini.

Antara fokus utama yang diajar di dalam kursus ini adalah kaedah pengurusan dan pemeliharaan arnab. Selain itu, para peserta turut didedahkan tentang probation period, kesihatan dan kaedah pemasaran ternakan arnab pedaging.

YB Hj Ab Razak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Putih turut meluangkan masa hadir ke program ini. “Dengan adanya bidang penternakan arnab pedaging ini, sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda menjana pendapatan” ucap beliau sewaktu merasmikan kursus ini. “Selain itu, saya juga berharap agar para peserta yang hadir ke kursus ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan sebaiknya” ujar beliau lagi.

Kursus ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Persatuan Penternak Arnab Pedaging Terengganu (APT) dan Arnab Pedaging Kemaman-Dungun.


Tag: