• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Atlet SUKMA Terengganu Kembali Berlatih

Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Setelah pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) sejak 10 Jun baru-baru ini, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu telah kembali memulakan latihan.

Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menjadualkan latihan-latihan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.

"Sebelum daripada ini, latihan secara individu terus berjalan semenjak PKP dan PKP Bersyarat lagi, jurulatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka yang berada di rumah di mana mereka perlu menghantar video latihan mereka.

“Bagi aktiviti sukan yang melibatkan kanak-kanak atau pun dewasa pula, seperti yang telah diumumkan, telah pun dibenarkan tetapi  penganjuran sukan masih lagi ditangguhkan. Secara umumnya, aktiviti sukan telah pun dibenarkan dengan masih mengekalkan SOP sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri perasmian pembukaan pejabat baru Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim di sini semalam.


Tag: