• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Atlet TatiUC Terengganu Kutip 2 Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan


SEGAMAT, 1 Oktober - Empat atlet Kolej Universiti Tati (TatiUC) Terengganu mencatat keputusan membanggakan di Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Kebangsaan Siri 2 yang berlangsung di Segamat apabila mengumpul 2 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa.

Kejohanan yang bermula 28 September lalu dan berakhir sebentar tadi disertai oleh Mohammad Zafrul Zainol Abiddin dan Umar Abdul Aziz Muhd Bustaman dari program pengajian pemesinan.

Sementara Muhammad Hanafi Hamizi Abd Ghani dan Ahmad Fayyadh Zainal Abidin dari program Diploma in Non-Destructive Testing.

Pingat emas disumbangkan oleh Zafrul yang berjaya membuat angkatan keseluruhan 201 kilogram (snatch 86 kg, jerk 115 kg) bagi kategori 55 kg. Sementara Umar (kategori 61 kg), Hanafi (kategori 89 kg) dan Fayyadh (kategori 96 kg) masing masing mencatat jumlah angkatan terkumpul 233 kg, 275 kg dan 206 kg.


Tag: