• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Azizulhasni Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan

KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Atlet berbasikal negara, Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, 35, sekali lagi dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2021 hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai The Rocket Pocketman menerima anugerah itu dalam majlis Majlis Anugerah Sukan Negara sekali gus menjadikan anugerah kelima buatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan penghargaan buat atlet kelahiran Dungun itu.

“Kejayaan yang diperoleh ini menjadi satu penghargaan dan kejayaan buat seluruh rakyat Terengganu khususnya buat Kerajaan Negeri.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memberi sokongan serta komitmen terhadap Dato’ Azizulhasni dalam sukan berbasikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Sukairi mewakili kerajaan negeri menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara yang disempurnakan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Tag: