• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Badan Sado Tak Guna Jika Tak Ke Masjid Surau

Mohd Norkhuzaini ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).
Oleh: Afiq M. Zaid

BESUT - Kesihatan tubuh badan yang dianugerahkan oleh Allah perlu dimanfaatkan untuk tujuan mendekatkan diri kepada Pencipta.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, rakyat perlu bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

"Tiada guna mempunyai badan yang 'sado' dan sihat tetapi melangkah ke masjid surau pun kita tak mampu.

"Tiada guna mempunyai badan yang sihat, tetapi untuk tolak kain selimut dan pergi solat Subuh berjemaah di masjid pun kita tidak mampu," ujarnya lagi.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).

Dalam perkembangan yang sama, menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Hari Sukan Negara yang disambut oleh rakyat Negeri Terengganu mampu membentuk perpaduan dan kesejahteraan kaum.

"Bersukan adalah salah satu mekanisme yang mewujudkan perpaduan dalam masyarakat kita.

"Tengok pada hari ini, dari kecil, besar, belia, muda, remaja dan yang veteran boleh duduk satu bumbung, boleh duduk satu pentas untuk kita meraikan acara sukan seperti ini," ujarnya.

Tambah beliau, objektif perpaduan melalui sukan ini perlulah dititik beratkan dalam kalangan masyarakat.


Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zaharnapi Sagaf.

Tag: