• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

'Baik Pulih Jalan Rosak Segera' - Ahli Parlimen Dungun

DUNGUN, 21 Disember -  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mahu proses baik pulih kerosakan Jalan Bukit Lat disegerakan pihak berkuasa agar pengguna jalan terbabit dapat menggunakan laluan itu dengan sempurna.

Wan Hassan berkata, beliau telah menerima aduan daripada orang ramai menerusi platform media sosial Facebook.

Ujar Hassan, sejurus menerima aduan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah dimaklumkan bahawa status permohonan baik pulih laluan Che lijah ke Bukit Besi telah diangkat ke Kementerian Kerja Raya.

"Buat sementara waktu ini, JKR akan melakukan kerja-kerja membaik pulih mana-mana jalan yang rosak dengan menggunakan 'Cold Mix & Hot Mix' sehingga monsun timur laut (MTL) pulih.

"Pihak mereka juga telah menambah papan tanda amaran sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya," jelasnya yang dipetik daripada Facebooknya semalam.

Beliau yang turut mengharapkan agar permohonan baik pulih jalan ini dapat dipercepatkan demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Harap kepada pengguna jalan raya, bersabar dan lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut memandangkan sekarang ini musim hujan tidak menentu lebih-lebih lagi pada waktu malam," ujarnya lagi.


Tag: