• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Bajet 2019 : T-Volt Untuk Pengurusan Banjir

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 29 November - Penglibatan golongan belia di dalam intipati Bajet Terengganu 2019 melalui platform Terengganu Volunteer (T-Volt) perlu terus diperkasakan oleh Kerajaan Terengganu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, T-Volt perlu menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan banjir.

"Ini kerana ianya adalah persediaan sebelum berlakunya musibah itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Dalam perkembangan sama, menurut Khalil, kerajaan negeri dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya mengerahkan semua agensi terbabit termasuk bersedia dari aspek kemahiran, kelengkapan dan keperluan bagi menghadapi bencana banjir besar pada bila-bila masa sahaja.

"Justeru, kerajaan negeri perlu menyediakan pelbagai prospek untuk menjadikan sistem pengurusan banjir sistematik.

“Sistem yang akan ditambah baik perlu ditekankan bermula daripada langkah 'preventif' sehinggalah pengurusan pengagihan bantuan termasuk penyediaan kelengkapan yang sesuai di pusat penempatan bencana," katanya.







Tag: