• 11 Mei 2024 | 3 Zulkaedah 1445

BAJET 2022 : RM500 Untuk Pelajar Kematian Ibu, Bapa Akibat COVID-19

KUALA TERENGGANU, 15 November -  Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pelajar yang kehilangan ibu atau bapa akibat COVID-19

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berakata pihaknya menzahirkan rasa dukacita terhadap nasib 70 pelajar yang menjadi yatim dan yatim piatu.

“Sebagai tanda simpati kerajaan negeri, pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan.

“Sama-samalah kita mendoakan semoga ibu dan ayah mereka ditempatkan dalam kalangan solihin,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan Tahun 2022 di Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.


Tag: