• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

BAJET 2023 : RM15 Juta Untuk Projek Berimpak Tinggi

KUALA TERENGGANU, 28 November - Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang memberikan kesan langsung kepada peningkatan sosioekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata peruntukan tersebut bagi memperkukuh pertumbuhan dan memperbesar saiz ekonomi kerajaan negeri.

"Kita akan memberikan lebih tumpuan kepada sektor pertanian, industri pelancongan, pembangunan pelaburan dan aktiviti perniagaan di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2023  pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet) di sini hari ini.

Jelasnya, projek yang akan dilaksanakan ini melibatkan penyediaan kemudahan komersial di luar bandar, penaiktarafan tempat 
tumpuan pelancong, penambahbaikan premis perniagaan dan penyediaan kawasan kegiatan ekonomi baharu untuk para usahawan.