• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Baka Baik Ayam Serama, Jana Pendapatan Lumayan

MARANG, 6 September - Mula berkecimpung dalam dunia ayam serama sejak 22 tahun yang lalu sepenuh masa, banyak pengalaman dan hasil jualan yang telah diperolehi oleh Mohd Abdul Azid Yaacob, 58, yang tinggal di Kampung Kuala Tengah.

Antaranya adalah baka berkualiti daripada Abdul Azid yang telah dijual pernah merangkumi gelaran Johan Asia di suatu pertandingan ayam serama bertempat di Tasik Kenyir suatu masa dahulu.

Abdul Azid berkata, Ayam Serama ini mempunyai nilai yang tinggi dikalangan penggemarnya, sehingga berharga ribuan ringgit bergantung kepada jenis, dan baka yang diternak, keadaan bentuk lenggok tubuh, gaya yang menawan dan lain-lain.

"Baka ayam serama yang berkualiti akan menjadi buruan peminatnya, meskipun harganya yang mahal, saya pernah menjual dengan harga setinggi RM7, 000 dan membeli baka lain, lebih dari RM10, 000.

"Setakat ini saya juga pernah mempunyai baka yang baik, antaranya saya namakan Seri Serating yang juga pernah menyertai dan memenangi pelbagai pertandingan sebelumnya,. " katanya.

Katanya, pengalamannya uga pernah menyertai banyak pertandingan di dalam dan luar negeri. walaupun hadiah tidaklah lumayan, tetapi nilai baka tersebut boleh menjadi lebih tinggi kerana kualiti ayam tersebut.

"Kebanyakan ayam yang dibeli dan merupakan baka yang digilai datang dari negeri seberang, dari Kota Baru, Kelantan. Sepanjang memelihara dan menjual ayam serama ini, hasilnya hampir ratusan ribu," tambahnya lagi.

Katanya, baka ini juga mendapat permintaan di seluruh negara dan negeri membangun seperti di Kuala Lumpur, ada yang dipost dan dihantar menggunakan courier melalui jual beli secara atas talian.

Menurutnya lagi, pembeli yang ingin membeli ayam serama juga harus berhati-hati kerana, gambar ayamnya juga pernah menjadi bahan penipuan seperti 'Scam' lebih-lebih lagi pada zaman serba moden.

"Setakat ini, saya mempunyai lebih 200 ekor ayam yang kini dipelihara di reban, selama dua hari sekali, kerja-kerja pembersihan akan dilakukan untuk menjaga kualiti dan persekitaran di samping mengelakkan penyakit. " katanya.

Abdul Azid berkata ketika menerima kunjungan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang ke rumahnya bersama-sama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Tengah. 

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya ke rumah untuk membantunya meningkatkan pemasaran melalui agensi tertentu seperti Yayasan Pembangunan Usahawan.

"Melalui agensi-agensi seperti ini juga, pelbagai bantuan dan khidmat boleh diberikan atau dipohon serta ditawarkan memandangkan kita semua sedang menghadapi satu tempoh sukar pandemik COVID-19.

 


Tag: