• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bakul Makanan Pemulih Mula Diagihkan

KEMAMAN, 7 Julai - Program 'Bakul Makanan Pemulih' dari Parlimen Kemaman yang melibatkan 4 buah DUN di daerah Kemaman, iaitu Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih telah bermula semalam di DUN Kemasik.

Sebanyak 1,000 Bakul Makanan mula diagihkan kepada 29 buah JPKK dalam DUN Kemasik, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000 bagi setiap DUN dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM400,000.

Demikian itu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pada satu sidang medianya baru-baru ini, bahawasanya sebanyak RM300,000 diperuntukan kepada setiap Parlimen untuk mereka menyalurkan kepada golongan terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun buat mereka yang memerlukan.

Para JPKK dan AJK JPKK memuatkan barangan bantuan ke dalam lori semasa sesudah program.

Justeru itu, untuk mencukupi jumlah agihan kepada setiap DUN di daerah Kemaman. Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid telah menambah lagi RM100,000 bagi dibelanjakan kepada 4 buah DUN dalam Parlimen Kemaman.

Sudah pastinya ini adalah satu usaha yang besar disumbangkan oleh Ustaz Che Alias Hamid buat rakyat di Kemaman.

Para AJK JPKK, Ahli Parlimen Kemaman dan ADUN Kemasik sedang menaikan barangan bantuan keatas kenderaan.

"Semoga bantuan ini dapat memberi keringanan beban mereka yang terjejas. Terima kasih diucapkan kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin diatas keprihatinan yang diberikan kepada rakyat." - Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid.

"Syukur Alhamdulillah dan jutaan terima kasih diucapkan, ini adalah rezeki buat warga DUN Kemasik. Banyak juga jumlah bantuan yang diberikan kali ini, diharapkan ianya dapat mengurangkan kekangan rakyat yang terkesan dengan situasi sekarang." - ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.


Tag: