• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Balu Pemandu Traktor Terima Pampasan Perkeso



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 9 Mei- Balu kepada seorang pemandu traktor yang meninggal dunia apabila jentera yang dipandu terbalik dan menghempap dirinya pada 25 April lalu mendapat pembelaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso).
Dalam kejadian tersebut, Rahim Abdul Rahman,39, meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang melakukan kerja-kerja memungah kelapa sawit di tempatnya bekerja.

Pampasan berkenaan diserahkan Pengurus Pejabat Perkeso Daerah Dungun, Nor Afizah Aziz kepada isteri arwahyarham, Surdini Ngah, 37 di kediaman mereka di Taman Mulia, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) disini.

Nor Afizah berkata, sebagai waris Surdini beserta tiga orang anaknya yang berusia dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun layak menerima pampasan RM 2,000 dan menerima pencen bulanan seumur hidup, manakala anaknya menerima pencen bulanan sehingga berumur 21 tahun.

"Kita telah menyiasat kes ini dengan hasil dan maklumat yang dikongsikan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

"Hasil daripada semakan dan siasatan, kita putuskan waris mangsa isteri dan anak layak menuntut faedah orang tanggungan dari Perkeso kerana arwah telah meninggal dunia ketika sedang bekerja di syarikatnya bekerja," jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyampaikan Cek Pengurusan Jenazah kepada balu berkenaan di  kediamannya di Taman Mulia, AMBS, kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman serta Pengerusi Majli Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Mulia, Maliki Said.

Dalam pada itu, Afizah turut mengingatkan kepada para majikan agar menjaga kebajikan pekerja dan wajib untuk mendaftarkan perusahaan dan mencarum pekerja mereka dengan Perkeso.

Tag: