• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Bangunan Terbengkalai Punca KQT Tak Guna KIST

KUALA TERENGGANU, 26 Julai – Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kuala Berang tidak sesuai dijadikan sebagai penempatan pelajar Kolej Al-Quran Terengganu kerana bangunan dan infrastruktur institusi berkenaan sudah lama terbengkalai sejak pemerintahan terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa  Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata ia memerlukan pembaikan yang menyeluruh dan mengambil masa yang lama bagi mencapai taraf kondusif sesebuah kolej universiti sebagaimana hasrat KQT.

“KIST yang telah terbengkalai sekian lama tidak sesuai untuk dijadikan penempatan bagi KQT kerana banyak kerosakan yang berlaku. 

“Namun kerajaan negeri tidak membiarkan KIST terus terbiar, proses baik pulih sedang dilakukan bagi dijadikan salah sebuah SMIDI yang kini beroperasi sementara di Durian Mas, Bukit Besi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (PAKA) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan oleh ADUN Seberang Takir dalam Sidang DUN semalam.

Terdahulu, beliau turut menjawab pertanyaan ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkenaan usaha bagi menjadikan KQT sebagai sebuah universiti milik kerajaan negeri menjelang 2025.

“Sebanyak 14 kriteria yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai status tersebut. Antaranya penarafan fasiliti, pengalaman mengendalikan IPTS, pematuhan Akta 555 , kewangan syarikat yang kukuh dan kampus yang kondusif.

“KPT meletakkan syarat pengalaman mengendalikan IPTS sekuranng-kurangnya tujuh tahun, kini KQT sudah berusia enam tahun, jadi minima lagi 1 tahun.

“Bagi mencapai status kampus kondusif, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas 300 hektar di Durian Mentangau bagi menjadikan kampus tetap yang melengkaplkan fasiliti,”

 


Tag: