• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Banjir : 37,792 Mangsa, Kemaman Paling Terjejas

KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 37792 angka sehingga jam 8 pagi hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada semua daerah dalam negeri ini.

Katanya, susulan itu sebanyak 310 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 10,401 keluarga mangsa di seluruh negeri ini.

“Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 12,000 orang daripada 3,094 keluarga yang ditempatkan di 37 PPS dalam daerah berkenaan.

“Di daerah Besut pula merekodkan jumlah mangsa seramai 8,228 daripada 2,250 keluarga.

“Tambahnya lagi, daerah Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing mencatatkan jumlah 6,691 dan 3,988 mangsa yang melibatkan 2,094 dan 1,196 keluarga,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Manakala, daerah Dungun dan Kuala Terengganu juga meningkat kepada 2,484 dan 1,900 mangsa daripada 659 dan 503 keluarga.

Sementara itu, Marang dan Kuala Nerus pula mencatatkan 980 dan 1521 mangsa daripada 231 dan 371 keluarga yang di tempatkan di 18 PPS dalam daerah tersebut.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.

 


Tag: