• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Banjir : Amaran Hujan Berterusan Sehingga Esok, 223 Mangsa Dipindahkan

KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Terengganu sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran waspada cuaca berterusan juga peringkat kuning melibatkan seluruh kawasan Terengganu manakala amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Gua Musang, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

“Hujan lebat berterusan ini berlaku disebabkan oleh luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression). Namun amaran hujan lebat ini akan dikemas kini serta bergantung kepada keadaan.

"Ketika ini Monsun Timur Laut. Ia dijangka tamat hari ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik," katanya seperti mana dilaporkan HMetro hari ini.

Sementara itu, Menurut maklumat Twitter Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 1 tengah hari tadi, dua daerah di Terengganu iaitu Kemaman dan Dungun mencatakan seramai 223 mangsa melibatkan 68 keluarga dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Terbaharu, Dewan Serbaguna Kg Shukor dibuka pada hari ini melibatkan 10 keluarga terdiri daripada 35 orang mangsa,” jelasnya.