• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Banjir : Bersedia Hadapi Gelombang Kedua

KEMAMAN, 22 Disember – Semua pihak diminta bersedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesiapsiagaan tersebut perlu diambil segera oleh semua agensi terlibat dengan bencana banjir.
 
Katanya, memandangkan gelombang kedua diramal telah berlaku bermula semalam sehingga 28 Disember ini.
 
“Antara persedian tersebut iaitu meningkatkan aset yang mencukupi bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
 
“Sebelum ini terdapat masalah kelewatan penghantaran disebabkan kekurangan aset logistik, jalan-jalan terputus hubungan dan sebagainya,” jelasnya.
 

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.
 
Tambah Zahid, masalah tersebut berlaku akibat banjir luar jangka yang terjadi di negeri ini.
 
Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah diminta memobilisasikan trak (Angkatan Tentara Malaysia) di depoh-depoh bekalan terlibat.
 
“Hal ini supaya dapat mengatasi dari segi masalah pergerakan di kawasan-kawasan yang mengalami banjir.
 
"Di samping, soal bekalan makanan, pengangkutan bot dan kesihatan dapat diatasi dengan segera," ujarnya.
 

 

 

Tag: