• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya

KUALA TERENGGANU, 3 Disember- Banjir gelombang ketiga di negeri ini pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dungun ditutup secara rasmi pada jam 12 tengahari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, semua 137 mangsa banjir daripada 42 keluarga yang sebelum ini menghuni di dua PPS terakhir sudah pulang ke rumah masing-masing sejak pagi.

“Dua PPS di daerah Dungun iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor telah ditutup.

“Walau bagaimanapun, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masih dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir akibat Monsun Timur Laut 2021/2022.

“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung dan berangin bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka tamat pada 4 Januari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyaksikan dua daerah, iaitu Kemaman dan Dungun, kembali terjejas.
 


Tag: